Taman Negara Kuala Koh tidak terjejas dengan penularan radang paru-paru.

Taman Negara Kuala Koh tidak terjejas dengan penularan radang paru-paru

GAMBAR hiasan.

Taman Negara Kuala Koh tidak terjejas dengan penularan radang paru-paru.


KOTA BHARU: Taman Negara Kuala Koh, Gua Musang yang popular di kalangan pelancong domestik dan antarabangsa, tidak terjejas berikutan penularan radang paru-paru yang merebak dalam kalangan masyarakat Orang Asli suku Batek ketika ini.
Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan, Ady Ermanty Haniff Mohamed Hanif, berkata setakat ini Taman Negara Kuala Koh yang terletak kira-kira satu kilometer (km) dari Kampung Kuala Koh, yang terjejas dengan penularan penyakit itu, masih selamat untuk dikunjungi.
“Namun dalam masa yang sama kita menasihatkan pengunjung supaya mengambil langkah berjaga-jaga terutama membekalkan diri dengan alatan kesihatan seperti topeng muka dan cecair pembersih tangan untuk perlindungan,” katanya ketika ditemui Bernama di pejabatnya di sini, hari ini.